Monday, 26 March 2012

DUIT

D – DOA DAN AMALAN SUNAT DHUHA

Doa adalah merupakan sesuatu perkara yang penting dan tidak harus dilupakan sekiranya kita ingin mendapat kejayaan. Ini adalah kerana hasil apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada ketentuan Allah dan rahmat Allah.

Oleh itu mintalah dari Allah apa yang anda inginkan dan kita hendaklah berdoa secara tepat dan jelas apa yang kita kehendakki WHAT, WHEN, HOW MUCH, WHO


USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

U – USAHA

A- MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH DAN MENDAPATKAN KEAMPUNAN DARI ALLAH

Mengabdikan diri untuk beribadah

Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)


2) Memperbanyakkan Istighfar

Sabda Nabi s.a.w,"Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a)


3) Sentiasa Mengingati Allah

Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

(surah Ar-Ra'd ayat 28)

4) Mendoakan ibu bapa

Nabi Muhammad s.a.w brsabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5) Menjalin silaturrahim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya "(Riwayat Bukhari)


6) Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)

7) Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,"Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a)

8) Mengamalkan solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani)

BAHAGIAN B- USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KITA


I - ILMU DAN IKHTIAR

Perlengkapkan diri anda dengan ilmu secukupnya mengenai produk sehingga anda benar-benar nahir mengenainya

Begitu dengan ilmu hubungan kemanusian –konsep AIDA

Ilmu memaksimakan pendapatan anda, penetapan target dan cara-cara berkesan untuk meyakinkan orang ramai menyertai kumpulan anda

Ikhtiarkan pelbagai kaedah pemasaran.

T – TARGET, TABAH, TEKUN DAN TAWAKKAL

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya akan dimudahkan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq)



No comments:

Post a Comment