Monday, 26 March 2012

DUIT

D – DOA DAN AMALAN SUNAT DHUHA

Doa adalah merupakan sesuatu perkara yang penting dan tidak harus dilupakan sekiranya kita ingin mendapat kejayaan. Ini adalah kerana hasil apa yang kita lakukan adalah bergantung kepada ketentuan Allah dan rahmat Allah.

Oleh itu mintalah dari Allah apa yang anda inginkan dan kita hendaklah berdoa secara tepat dan jelas apa yang kita kehendakki WHAT, WHEN, HOW MUCH, WHO


USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

U – USAHA

A- MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH DAN MENDAPATKAN KEAMPUNAN DARI ALLAH

Mengabdikan diri untuk beribadah

Allah s.w.t tidak mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya seperti firman-Nya,"Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembahKu maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kekafifiranmu.Jika tidak melakukannya Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."(Riwayat Ahmad,Tarmizi,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)


2) Memperbanyakkan Istighfar

Sabda Nabi s.a.w,"Barang siapa memperbanyakkan istigfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka."(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa'i,Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin.Abbas r.a)


3) Sentiasa Mengingati Allah

Firman Allah s.w.t,"Orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

(surah Ar-Ra'd ayat 28)

4) Mendoakan ibu bapa

Nabi Muhammad s.a.w brsabda,"Mendoakan ibu dan bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki.Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya."(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5) Menjalin silaturrahim

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya "(Riwayat Bukhari)


6) Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t.Lalu Rasulullah s.a.w bersabda,"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih(dari hadas)nescaya Allah akan memurahkan rezeki."(Diriwayatkan daripada Saiyidina Khalid al-Walid)

7) Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah s.w.t membuka pintu rezeki seseorang itu.Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Zubir bin.al-Awwam,"Hai Zubair,ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,nescaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,nescaya Allah menyedikitkan baginya."(Riwayat ad-Daruguthni dari Anas r.a)

8) Mengamalkan solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk urusan dunia(aktiviti harian),juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah s.w.t,"Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."(Riwayat al-Hakim dan Tabhrani)

BAHAGIAN B- USAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MEMPROMOSIKAN PRODUK KITA


I - ILMU DAN IKHTIAR

Perlengkapkan diri anda dengan ilmu secukupnya mengenai produk sehingga anda benar-benar nahir mengenainya

Begitu dengan ilmu hubungan kemanusian –konsep AIDA

Ilmu memaksimakan pendapatan anda, penetapan target dan cara-cara berkesan untuk meyakinkan orang ramai menyertai kumpulan anda

Ikhtiarkan pelbagai kaedah pemasaran.

T – TARGET, TABAH, TEKUN DAN TAWAKKAL

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,nescaya kamu diberi rezeki seperti burung iaitu,pada pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."(Riwayat Ahmad,at-Tarmizi,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a)

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya akan dimudahkan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq)



15 Punca masalah Sempit rezeki:

1. Tidak mengingati Allah swt

2. Meninggalkan solat 5 waktu

3. Enggan membayar zakat

4. Derhaka kepada ibu-bapa

5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)

6. banyak dosa besar

7. Makan harta riba

8. Makan harta anak-yatim

9. Suka berbohong/ menipu

10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)

11. membiarkan ahli keluarga derhaka

12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki – jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc…dan beliau menambah…”burung2 susah nak terbang” – ini kata-kata beliau sendiri ya…kalau tak faham tanyalah Dato’…hehehe)

13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)

14. Suka mengadu-domba

15. Suka menabur fitnah

Sholat Dhuha: Kunci Meraih Rezeki Sepanjang Hari



Fitri A Yusuf · Manado
Alhamdulillah, sampai sekarang saya berusaha trus menjalani sholat dhuha, alhasil segala duka cita, kesulitan, bisa terselesaikan..rejeki, berkah tak putus2nya mengalir dari Allah sama aku berkat dhuha tiap pagi.


Solat sunat dhuha ni ialah salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Buktinya dalam sebuah hadis baginda S.A.W yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

Maksudnya:

Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda yang bermaksud ;-
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."


Rasulullah bersabda lag mafhumnya :-
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaqJBp1zHIv5NmPO3e7kgtkhc61HWCBUquTBwHFgGtoGT-qM5ATWU-i8q191WUZwhJf4nn_9zH0VzNBWaZpsdnbTZLwxCL106pRpQ0lQERbWS0wBP2qsjT3RkUkkd1jjM3pOo45479nAsP/s320/shalat-dhuha.jpg

Niat Solat Dhuha

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Pada sujud yang terakhir pada setiap dua rakaat kita sebutkan segala doa dan hajat kita, kita boleh sujud berapa lama dan meminta sebanyak doa yang di khendaki.

Solat Dhuha: Pembuka Pintu Rezeki
at 3:16 AM Bicara Insan Biasa aisyah_hanin
“Lina, kalau kakakmu dulu kan, ndak pernah dia tinggalkan solat dhuha.. Tu la sampai sekarang Allah ndak pernah berenti kasi dia kesenangan.. Periksaannya.. kerjanya.. tengok, senang kan dia sekarang? ikut la macam dia.. bukan susah pun, 5 minit pun boleh sudah” kata ibu saya dengan penuh rasa cinta. Begini la nasihat ibu suatu ketika dulu. Memang betul, bila kita mengerjakan solat dhuha, pintu rezeki akan di bukakan. Inilah tanda kesyukuran kita dan tanda betapa kita mengharap bantuan dari-Nya, kerana DIA lah Maha Pemberi.. Kita mahu, jadi perlulah meminta..

Apa yang anda faham tentang Solat Dhuha? Bila soalan ini saya ajukan kepada seorang sahabat, ini jawapannya: “solat dhuha merupakan solat yg di lakukan selepas naiknya mentari dlm anggaran satu tiang.”

Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).Sesuai dengan maksud Dhuha, iaitu pagi.

Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa. Biarpun ianya hanyalah satu amalan sunat, tetapi tidak bererti ianya tidak penting dalam proses kita mendekatkan diri dengan Allah. Begitu banyak kebaikan yang kita akan peroleh selama kita mengerjakan amalan baik dengan konsisten dan istiqamah. Tapi, yang wajib tetap didahulukan.

Ada banyak hadis menyebut tentang kelebihan solat Dhuha. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:

“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,”.

Dikatakan, waktu afdal melakukan solat Dhuha adalah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis Nabi s.a.w. oleh Zaid bin Arqam:

“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”

Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).

Di kalangan para ulama, yang masyur dikatakan, Solat Dhuha paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma ada juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal adalah empat rakaat (dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat.


Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Solat Dhuha bukanlah sesuatu yang berat untuk dikerjakan. Ia sama seperti solat sunat yang lain. Malah, ianya dapat membantu kita dalam menyegarkan tubuh badan setelah beberapa jam bekerja. Kita istilah kan 5 minit Dhuha kita adalah sebagai waktu ‘rest’ kan otak dan anggota tubuh. Ianya juga sebagai senaman ringan setelah lama duduk bekerja di dalam pejabat contohnya. Tidakkah ianya suatu nikmat pada kita? Janganlah kita memandang amalan ini sebagai sesuatu yang berat untuk dikerjakan, pastinya kita akan malas dan tidak semangat untuk mengerjakannya dan mungkin juga kita tidak akan istiqamah. Asal kita ikhlas dan menepati syarat, InsyaAllah kita temukan keindahan mendekati-Nya.

P/S: Hidup hanya sekali, rasa rugi bila tidak mengerjakan suatu amalan sedangkan kita tahu yang kita mampu untuk melakukannya. Takut ianya akan menjadi penyesalan kita bila ajal tiba tanpa persediaan. Jangan berlengah dalam mengerjakan amal..

"Ya Allah, Kaulah Penguasa langit dan bumi, Pemberi rezeki dan kesenangan kepada seluruh ciptaanMu. Aku hamba yang lemah dan sentiasa inginkan pertolongan dariMu. KepadaMu hamba memohon, bukakanlah pintu rezeki buat diri hamba. Andai saja rezeki buat hamba ada di langitMu, turunkanlah. jika ianya masih di dalam bumi, maka keluarkanlah, jika ianya masih jauh, dekatkanlah dan jika ianya tidak nampak,perlihatkanlah. Kaulah yang mengetahui kehendak dan keperluan setiap hambaMu. Namun, jika sesuatu yang hamba mohon itu akan memusnahkan diri hamba, jauhkanlah hamba dari berkehendakannya. Engkau sajalah yang mnegetahui segala- galanya. Ameen Ya Allah.."

Rezeki itu datang daripada Allah, doa selepas sembahyang adalah pembuka[/b][b] rezeki[/b]
Ramai orang yang saya jumpa. Ada yang dapat projek RM900 juta, ada yang budak hingusan lagi dah bukak restoran sendiri dapat untung bersih RM800 sehari. Syabas kepada anda semua. Saya berjumpa seorang yang berpendapatan RM100 ribu sebulan dengan menjual insurans. Duit cash masuk setiap bulan sehingga tak tahu apa lagi mahu beli. Duit itu beliau invest pulak di tempat lain seperti kedai makan, kontraktor, dan lain-lain perniagaan. (bukan skim cepat kaya).


Saya dapati beliau adalah orang yang amat menjaga sembahyang, selapas sembahyang ada doa dan ada baca beberapa potong ayat Al-Quran pemurah rezeki. Semua yang dia buat, pasti menjadi. Dia bukak restoran, pelanggan datang berbaris seperti orang mahu beli tiket bola. Ada restoran lain yang lengang walhal menu sama sahaja. Duit semakin banyak. Orang lain cuma meniru jejak langkah beliau tetapi malangnya menemui jalan buntu.


Pendek kata, saya nampak bagaimana rezeki itu datangnya daripada keberkatan dan limpah kurniaan Allah. Oleh itu, petua pertama untuk berjaya, JAGALAH SEMBAHYANG 5 WAKTU dan bacalah Al-Quran selepas sembahyang, walaupon cuma sepotong ayat yang pendek. Kalau pintu rezeki tertutup, projek dalam tangan pon terlepas. Kedai kat tempat orang ramai pon tak laku.

[b]2) Pintu rezeki itu berkembang setelah silaturahim berkembang[/b]
Katak di bawah tempurung tidak boleh berniaga. Jika berniaga tiada pelanggan. Bertambah ramai kawan dan kenalan, bertambah mudah kita berniaga. Tambahan pula jika kita ini hati bersih, berniaga dengan disiplin dan world class quality, memang orang akan introduce kita kepada orang lain. Projek juga dapat tanpa dicari, kawan2 yang offer atau introducekan. tak perlu masuk tenderdirect.com.my.


Orang yang jujur dan kerja bagus, memang gerenti akan dapat pelanggan tanpa perlu buat iklan. Pelanggan yang datang cari anda. Cuma kena pandai jaga wang supaya tidak ketirisan dan pastikan tiada hutang tidak dapat dituntut.

[b]3) Pilih kawan yang betul untuk menjadi jutawan[
Saya malas tulis banyak pasal ini, cuma saya bagi clue aja lah, semua kawan Khairy Jamaluddin dah jadi jutawan. U kawan dengan orang yang banyak peluang, u pon tumpang sekaki lah.